Pages

Sunday, August 12, 2012

siapa tahu sejarah motor di Malaysia?

Tan Sri Dato' Loh Boon Siew 1915-1995  juga dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan jutawan Pulau Pinang dan pengasas Boon Siew Honda. Loh dilahirkan di Hui-An, Daerah Fujian, China. Dia menghabiskan zaman kanak-kanaknya mengumpul najis babi (sebagai bahan bakar) untuk mendapatkan duit. Ketika berusia 12 tahun, dia tiba di Pulau Pinang dalam sebuah bot kecil dari China. Dia hanya mampu bertutur dalam bahasa Hokkien dan hampir tiada pendidikan rasmi.

 Dia bekerja sebagai pelatih mekhanik kereta (3 ringgit sebulan) ketika baru tiba. Dia tinggal dalam kuarters pekerja ‘kolie keng’ di 4, Katz Street, Pulau Pinang dan dia menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh bas dengan bayaran 10 sen setiap buah. Ketika berusia 18 tahun, Loh membeli 11 unit bas pertamanya dengan menggunakan simpanan 2,000 ringgit. Dia membaiki bas tersebut dan menjualnya dengan harga 12,000 ringgit. Kemudiannya dia membeli 39 unit bas yang lain. Pada tahun 1942, kesemua wang hasil keringatnya dirampas oleh tentera penjajah Jepun semasa Perang Dunia II. Tetapi Loh tidak berputus asa, selepas 1945 setelah Jepun kalah, dia mula menjual basikal dan peralatan motorsikal, kemudian dia mengembangkan perniagaannya untuk menjual kereta terpakai, pengangkutan dan juga (sekali lagi) bas. Pada tahun 1950-an, Loh membuat langkah pertama dalam pembangunan harta tanah dengan membina vila di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew di Pulau Pinang.

Pada tahun 1958, ketika bercuti di metropolitan Jepun, Loh perasan popular meluas motosikal Honda Super Cub. Dia percaya bahawa mesin berkos rendah, amat berkesan akan mendapat pasaran yang meluas dalam kawasan yang semakin maju di Malaysia. Loh mengatur perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda, pencipta motosikal itu, yang dengan cepat menyedari potensi besar bagi kejayaan subsidiari Honda di Malaysia.


Tidak menghairankan, bilik pameran Honda Malaysia terletak di Jalan Pitt, Pulau Pinang, berhampiran dengan rumah Boon Siew. Sebagai tanda ikatan kepercayaan dan hormat yang semakin mendalam, Japanese Honda Motor Co Ltd kemudian melantik Boon Siew pengedar tunggal motorsikal Honda dinegara ini pada ketika 50 unit Honda 4-stroke cub dibawa masuk ke Malaysia dalam sejarah. Beberapa tahun kemudian kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motorsikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motorsikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk motorsikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bererti motorsikal kecil di Malaysia.


Khalifah Umar Abdul Aziz yang zuhud

Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan kaum muslimin. Seperti biasa, pidato beliau sangat menarik dan sentiasa memikat para pendengar. Akan tetapi pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya, gerak-gerik Khalifah pun turut menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri. Dengan demikian orang ramai agak hairan kerana gerakan tangan Khalifah tiada kena mengena dengan kandungan pidato tersebut. Setelah Khalifah turun daripada tempat berpidato, mereka saling bertanya dan akhirnya terungkailah rahsia dan tanda tanya.. Dikatakan bahwa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum kering. Kerana tiada baju lain selain baju tersebut, maka dipakainya juga baju yang basah itu. karena itulah beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato agar cepat kering. 
  Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor. Muslimah Abdul Aziz kakak datang menemui adiknya dan melihat Khalifah yang sedang sakit. "Fatimah, basuhlah pakaian Khalifah itu. Sebentar lagi orang ramai akan masuk menemuinya", tegur Muslimah. "Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang dipakai itu", jawab Fatimah.
 Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelumang dengan tanah kerana sedang memperbaiki rumahnya. Perempuan itu bertanya dan ketika mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia amat terkejut. Kerana mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayani tetamu, sehingga tamu itu merasa suka dan tenang hatinya.
  Perempuan Mesir agak hairan kerana dilihatnya  isteri khalifah tidak menutup aurat dihadapan penukang rumah yang sedang bergelumang tanah. "Mengapa puan tidak menutup diri  daripada lelaki tukang korek pasir itu?" tanya perempuan Mesir itu. "Tukang korek pasir itulah Amirul Mukminin" jawab Fatimah lalu tersenyum. Sekali lagi tamu itu terkejut dan beristighfar.  
  Khalifah Umar tidak mempunyai khadam,tetapi beliau mempunyai seorang pelayan. Dialah satu-satunya pelayan merangkap khadam dalam istana Umar. Fatimah memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan. "Kacang..kacang...setiap hari kacang," si pelayan  merungut. "Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda," kata Fatimah kepada si pelayan tersebut yang sebenarnya satu-satunya anak lelaki Khalifah.
 Demikianlah serba sedikit kisah zuhudnya Khalifah Umar Abd Aziz.. semoga kita juga mendapat seorang pemimpin negara yang sederhana seperti Khalifah Umar Abd Aziz.

Monday, August 6, 2012

Darimana datangnya api??


Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam AS dihantar ke dunia maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril AS supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril AS pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah. Jibril bertanya..wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS.

sebanyak mana sedikit itu ? tanya Zabaniah.Lalu Jibrail meminta sebesar buah kurma sahaja..,lalu Zabaniah memberitahu Malaikat Jibrail kalau sebesar buah kurmalah api neraka yang engkau bawa ke dunia nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Sebesar biji kurma tak boleh lalu Jibrail meminta sebesar separuh dari buah kurma pula.. kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..kata malaikat Zabaniah. 

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.

 Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya. Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri..

Sunday, August 5, 2012

Nafsu yang tertewas



nafsu memang sukar untuk ditundukkan!!.Bagaimana nak menumpaskan nafsu?? nafsu makan,minum,mabuk,judi,perempuan dan pelbagai NAFSU..
Mungkin kisah ini mampu mengajar kita menewaskan NAFSU.
  Apabila nafsu dicipta oleh Allah, maka Allah pun bertanya kepada nafsu.
"Siapa tuhan kamu?
Nafsu menjawab " Tidak tahu"
Maka nafsu pun dihumban ke neraka selama 70,000 tahun.
Selepas hukuman itu, nafsu dikeluarkan dari neraka dan ditanya.
"Siapa tuhan kamu"
Nafsu masih menjawab, tidak tahu.
Kemudian nafsu dihukum lagi selama 70,000 tahun di neraka.
Selepas selesai hukumannya, nafsu ditanya lagi.
"Siapa tuhan kamu?
Nafsu masih menjawab tidak tahu.
Kemudian Allah memerintahkan nafsu dihukum di neraka selama 70,000 tahun lagi dan tidak diberi makan.
Selepas 3 hari nafsu minta dikeluarkan dari neraka dan mengakui Allah adalah tuhannya.
Hebatnya puasa. Tidak makan boleh menundukkan nafsu. Ambilah kesempatan di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk menundukkan nafsu kita

Lihatlah.. betapa degil dan bebalnya nafsu kita.. tapi dapat ditundukkan dengan kelebihan berLAPAR..

Thursday, August 2, 2012

toyota atau Toyoda??

Seorang lelaki bernama Sakichi Toyoda lahir pada bulan Februari 1867 di Shizuoka, Jepun. Lelaki ini dikenali sebagai penenun sejak berusia belasan tahun. Toyoda mengabdikan hidupnya mempelajari dan mengembangkan mesin tekstil. Dalam usia 30tahun Toyoda menghasilkan mesin tenun. kemudian menghantarnya ke unit pemasangan Toyota, yakni Toyoda Automatic Loom Works, Ltd. pada November 1926. Di sini hak paten mesin tekstil automatiknya kemudian dijual kepada Platt Brothers & Co, Ltd. dari Inggeris, United Kingdom.


Hasil jualan paten ini, dijadikan modal pembangunan bahagian automotif.Toyota Motor Corporation ditubuhkan pada September 1933 sebagai  Kilang Tenun Automatik Toyoda.syarikat tersebut kemudian dipisahkan pada 27 Ogos 1937 untuk mencipta Toyota Motor Corporation seperti sekarang. Beralih dari industri tekstil, Syarikat toyota menghasilkan 1 kereta tiap 50 minit .Toyota merupakan pengilang kereta terbesar di dunia di dalam unit sales dan net sales. Pengilang terbesar di Jepun ini menghasilkan 8-8,5 juta unit kereta di seluruh dunia setiap tahun. Dibandingkan dengan industri-industri otomotif lain yang menggunakan nama pengasasnya sebagai tanda dagang seperti Honda yang ditubuhkan oleh Soichiro Honda, Daimler-Benz (Gottlieb Daimler dan Karl Benz), Ford (Henry Ford), nama Toyoda tidak digunakan tapi memakai jenama toyota kerana nama toyoda kurang popular.Pengambilan nama Toyota dalam bahasa Jepun diwakili dalam 8 aksara, dan lapan adalah simbol keuntungan dalam masyarakat Jepun. Kerana nama Toyoda dianggap terlalu kaku di dalam perniagaan yang dinamik sehingga diubah menjadi Toyota yang dirasa lebih baik ,

dikendalikan oleh anaknya Kiichiro Toyoda, tanpa henti menghasilkan inovasi-inovasi melangkaui zamannya.

Mesin Jenis A berjaya dihasilkan pada 1934. Setahun kemudian mesin ini menghasilkan prototaip pertama kereta penumpang mereka, A1. Bahagian otomotif Toyoda juga menghasilkan lori model G1. Replika dari Toyota Model AA (1936), dengan logo Toyoda Pada tahun 1936 mereka melancarkan kereta penumpang pertama mereka, Toyoda AA (masih menggunakan nama Toyoda).


 Model ini dikembangkan dari prototaip model A1 dan dilengkapi body dan mesin A. Kenderaan ini dari awal menjadi kereta rakyat. Empat tahun cukup untuk melahirkan syarikat otomotif sendiri dan melepaskan diri dari industri tekstil mereka. Kemudian tahun 1937 mereka merasmikan bahagian automotif dan memakai nama Toyota, bukan Toyoda seperti nama industri tekstil.. Toyota kemudian berkembang menjadi penghasil kenderaan . Di era 1940-an, Toyota mengembangkan permodalan termasuk memasukkan syarikat di tingkat bursa di Tokyo, Osaka dan Nagoya. Setelah era Perang Dunia II berakhir, tahun 1950-anToyota menjadi pengeluar kenderaan serba guna. Waktu itu kenderaan Jeep laris di Jepun.dari kereta ini, Toyota kemudian mengembangkan prototaip Land Cruiser yang keluar tahun 1950.                                                    


Setahun kemudian melancarkan secara rasmi model Land Cruiser yakni model BJ. Buln Julai tahun itu, test drivernya Ichiro Taira menamatkan pandu uji dengan hasil luar biasa. Diinspirasi oleh tokoh Samurai Heikuro Magaki yang mendaki Gunung Atago di atas kuda tahun 1643, Taira memandu Toyota BJ-nya ke kuil Fudo di bandar Okasaki.Kemudian Toyota Land Cruiser mulai mencabar dominasi Jeep Willys. Bahkan dengan model-model selanjutnya, Toyota Land Cruiser boleh diterima di pasaran yang kala itu sukar ditembus yakni Amerika Utara. Lewat model ini, Toyota masuk ke pasaran seluruh pelusuk dunia, termasuk di Indonesia yang dikenali sebagai sebagai Toyota Hardtop Land Cruiser FJ40/45. Di Afrika, model-model Toyota Land Cruiser ini digunakan sebagai Technical alias jip bersenjata yang dilengkapi mesingan ringan, berat atau bahkan senjata Basoka tanpa tolak balik (Recoilless bazooka) dan diterjunkan sepanjang konflik-konflik bersenjata dengan prestasi sangat menakjubkan. Toyota tidak hanya dikenali melalui Toyota Land Cruiser. Mereka juga mengembangkan model yang menjadi kegemaran dunia, sedan kecil. Toyota Corolla memulakan debutnya pada tahun 1966. Pada tahun 1989 Toyota akhirnya memutuskan untuk membuat dua lingkaran oval (elips) yang menghasilkan huruf T dan ellips ketiga mengisyaratkan akan the spirit of understanding in design. Lingkaran ketiga itu sekaligus mengelilingi kedua lingkaran ellips sebelumnya yang berbentuk T itu sebagai bukti menjaga dan mempengaruhi sekelilingnya.

Pada tahun 1990-an, Toyota semakin membuktikan bahawa kereta Jepun boleh bersaing dengan kereta Eropah dan Amerika. Toyota Celica berjaya menjadi juara rally dunia, dan Toyota Camry menjadi kereta yang paling laris di Amerika


Monday, July 30, 2012

jin,syaitan dan iblis

Melayukini.net – Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin  | Mungkin ada di antara kita masih lagi keliru dengan perbezaan di antara iblis, syaitan dan jin ini. Walhal para ulama’ sendiri berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud di antara iblis, syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan tersebut dalam kita tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain.  Namun, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggunjawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia. Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan  yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud: Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa  Iblis  adalah daripada jenis jin. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud:  Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. Menurut al-Raghib al-Asfahani dalam Mufradat Alfaz al-Quran, perkataan syaitan bermaksud ‘menjauhkan’. Oleh itu, syaitan terdiri daripada golongan jin dan manusia  yang cuba menjauhkan serta menyesatkan hamba Allah daripada memperhambakan diri kepada-Nya dengan digunakan pelbagai cara dan tipu daya. Syaitan dalam kalangan jin ialah anak cucu kepada iblis, dan mereka sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Boleh dikatakan bahawa syaitan anak cucu iblis ini merupakan golongan ‘mafia’ yang engkar dan sesat serta berusaha untuk menyesatkan orang lain. Syaitan berusaha melakukan ‘peperangan’ dengan anak cucu Adam sebagai balas dendam atas pengusiran nenek moyang mereka iblis dari syurga ekoran keengganan untuk sujud pada nabi Adam. Firman Allah dalam surah al-A`raf ayat 16-17 bermaksud: Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;  “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”. Menurut Ibn Qayyim maksud “jalan yang lurus” di dalam ayat di atas  ialah Islam ialah jalan yang membawa kepada Allah SWT. Ini bersesuaian dengan hadith yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam pada semua jalan. Ibn Qayyim menyatakan lagi: “Jalan yang dilalui oleh manusia hanya empat; kanan, kiri, depan atau belakang. Mana-mana jalan yang dilalui, syaitan sentiasa menunggunya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan ketaatan, syaitan akan menghalangnya dan melambat-lambatkannya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan maksiat, syaitan akan mengalu-alukan dan membantunya. Kalau perlu untuk masuk dari bawah (demi menyesatkan manusia), syaitan pun akan melakukannya“. Jelaslah bahawa posisi depan dan belakang yang dinyatakan itu memberi gambaran bahawa syaitan akan berusaha untuk menghasut manusia melakukan kejahatan dan menghalang manusia daripada melakukan kebaikan dari segenap penjuru yang ada pada manusia. Bahkan di dalam ayat al-Quran al-Karim yang lain menggambarkan bahawa syaitan akan memerangi habis-habisan untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan keupayaan yang ada padanya. Melayukini.net - Maka jelaskan syaitan antara makhluk perosak yang akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita semua agar terjerumus ke lembah penuh kemaksiatan. Walaupun kita sebagai manusia mempunyai akal yang terhad untuk mengetahui tentang alam ghaib, namun ulasan di atas ini semuanya berpandukan kepada nas-nas dari al-Quran. (from Melayukini.net)

Sunday, July 29, 2012

SuperHero yang dilupakan (2)

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut.Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh.

Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut: cukai tanah cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun kelapa sebanyak 3 sen setandan sireh sebanyak 5 sen sejunjung.  

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan Sultan. Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan melaporkan kepada sultan bahawa Tok Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa
. Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Pengikut Tok Janggut kemudiannya mendirikan sebuah kerajaan didirikan di Pasir Puteh dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Ini ditambah lagi oleh peristiwa abang Tok Janggut telah dibunuh oleh budak raja oleh sultan seDalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.
. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan dalam membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam Kebun) Tengku Abdul Ja'far sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan. Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.